Monday 14 May 2012

Hari ibu....


Hukum Menyambut Hari Ibu
SOALAN:
Bolehkah sekiranya kami menyambut Hari Ibu?
JAWAPAN:
Dalam ajaran Islam, terdapat tiga jenis perayaan yang boleh disambut oleh umat Islam iaitu, Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, dan hari mingguan(Jumaat). Selain daripada perayaan ini, perayaan lain yang dikira baru dalam Islam, kemungkinan perayaan itu ditiru atau ikutan daripada orang bukan Muslim. Dalam erti kata lain, perayaan yang tidak dinyatakan dalam syariah Islam akan ditolak sebagai bidaah atau palsu.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“ Setiap perilaku yang diada-adakan dalam urusan kita(Islam), yang bukan termasuk di dalamnya, maka itu ditolak ”
Sabdanya lagi yang bermaksud:
“ Barang siapa melakukan perbuatan yang tidak terdapat dalam urusan kita(Islam), ia akan ditolak ”

Jelaslah di sini bahawa Hari Ibu tidak boleh disambut, tidak kira dengan apa cara sekalipun, termasuklah jamuan makan, memberi hadiah dan sebagainya. Sebagai umat Islam, kita harus banggaa dengan agama kita dengan membatas diri kita daripada melakukan segala larangan Allah dan rasul-Nya. Islam adalah agama yang sempurna dan suci. Kita tidak perlu menambah sesuatu amalan yang baru, yang tidak dicedok daripada amalan agama lain, seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“  Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu ” (al Maa’idah,5:3)

Selain itu, haruslah kita sedari bahawA keistimewaan seorang ibu bukanlah patut dihargai selama satu hari dalam setahun, tetapi setiap masa dan setiap hari. Sesungguhnya, seorang ibu memiliki hak terhadap anaknya yang patut menyanjung, menyayangi dan taat kepada ibunya setiap masa.



No comments:

Post a Comment