Monday 25 February 2013

Petua Menghilangkan Tinggi Darah

Assalamualaikum :D

last week my mom di sahkan high blood pressure.. mungkin sebab STRESS dan kengalihan nya bahasa standard kelelahan.. dan salah satu faktor nya adalah berat badan yang berlebihan dan umur..
disini pija ingin mengongsikan amalan amalan dan petua petua yang boleh menurunkan tekanan darah tinggi..


  1. bagi yang islam.. bangun subuh untuk mengerjakan sembahyang subuh.. basuh muka dulu dan selawat lah berapa banyak dan kerjakan sembahyang subuh..
  2. selepas sembahyang subuh..minumlah air kelapa muda dengan limau nipis / limau kapas..kalau boleh tak payah campur gula.. kalau nak rasa sedap air kelapa muda disejukan .. seperti biasa selawat 3x kali .. dan jangan lupa baca Bismillah dan berdoa lah dalam hati.. kalau boleh amalkan lah sehari 2x.
  3. relaxkan otak dan bertasbihlah sehingga tertidur..
  4. selain dari air kelapa muda dan  limau nipis ini boleh lah merebus daun pecah batu airnya direbus dan diminum setiap hari.. 
  5. selain itu amalkan meminum lobak.. jangan makan lobak putih kerana lobak putih dapat menghalang segala perubatan yang dimakan.. 
  6. kawal lah emosi dengan bijak.
  7. makanlah buah buahan seperti KISMIS, WATERMELON, PISANG DAN KIWI ianya dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi anda.
  8. Daun avacado juga dapat di gunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
  9. bawang putih di salai / di tunu  di makan begitu saja (erk!!)
  10. Bawang putih dan lemon di buatkan menjadi JUICE (eeeeeeeee!!)
  11. Tomato dan sayur bayam.. 
  12. Epal Hijau.. di buatkan Juice (ayaaaaa..)
  13. Buah Naga ( ahhh.. my fav fruitttss nyum nyum...)

buat masa ini , itulah sahaja yang dapat dikongsi kan ... :D selamat mencuba!! 

Perhitungan hari

Assalamualaikum & ollla~

disini pija ingin membincangkan ataupun mengongsikan petua yang pernah dibuat oleh nenek nenek moyang moyang yang dulu dulu kala.. ^_^, seperti tajuk yang di paparkan adalah PERHITUNGAN HARI..apa maksudnya? bukan lah menghitung hari .. perhitungan hari ini untuk sesuatu yang baik sebelum kita melakukan atau membeli atau ETC ~ haha.. seperti.. ingin membeli kereta.. jadi hendaklah mencari HARI YANG BAIK.. ini lah dimaksudkan dengan PERHITUNGAN HARI..caranya adalah sangat mudah ..


Contoh :-

Juma'at : 1 Mac 2013
Sabtu : 2 Mac 2013
Ahad : 3 Mac 2013
Isnin : 4 Mac 2013

Perhitungan hari nya adalah dari 1 Mac 2013 (BUMI) - 2 Mac 2013 ( Antara ) - 3 Mac 2013 (Langit) begitulah selanjutnya sehingga 31 Mac 2013..
so kata nenek aku lah BUMI dan LANGIT tidak bagus.. disama ertikan Nda baik untuk kita mengambil barang yang kita beli.. terutamanya jika benda atu besi .. paling bagus adalah ANTARA kerana ianya tidak diatas dan tidak dibawah.... tapii berbalik kepada asal semuanya adalah ketentuan ALLAH SWT.  semuanya mestilah tawakal dan berserah kepada ALLAH SWT. Kekadang perkara macam ani nda jua dapat dipercaya..dan tertakut ianya akan menjadi khurafat.. hehehe..

kejadi kejadian dan masalah yang menimpa kita kekadang ianya adalah kerana perbuatan yang kita perbuat kepada orang lain antara kita sedar atau tidak.. disama ertikan pembalasan yang sikit sikit.. yang banyaknya nanti  kelak di mana kita semua di satukan..dibangkit kan semula..semoga allah swt masih ingin menerima taubat kita...

selain dari topik perhitungan hari, ada topik yang ingin di huraikan tentang kehidupan yang dilalui setelah berlaku nya pentengkaran..kebanyakan nya jika berlaku pertengkaran sama ada pertengkaran menggunakan mulut atau kaki atau tangan atau jari atau pun otak.. walaupun kita sudah saling bermaaf maafan antara secara langsung atau pun daripada surat ataupun secara sindiran.. ianya akan menjadi keganjalan antara kita dan orang yang dengan kita bertengkar..tapi ini tidak akan terjadi kepada KELUARGA.. pecayalah.. cuma ianya akan menjadi kan pengajaran kepada kita untuk tidak lagi menyulitkan keadaan.



ABANG, ALONG , AMY , PIJA, BABY & ANGAH
Biarpun ada yang sudah keluar dari LIKETHIS FAMILY, tapi kamu masih sebahagian dari kenangan yang terindah yang tidak dapat dilupakan.. :)



Wednesday 13 February 2013

hukum menyambut VALENTINE ?

Assalamualaikum dan Selamat bin Pagi.. (memandang Post ini dibuat waktu pagi di negara Brunei hahaha)
post kali ni kan membahaskan hukum menyambut VALENTINE DAY , dinegara kami negara MIB (Melayu Islam Beraja ) mengharam kan untuk menyambut VALENTINE DAY.. sama jua seperti Negara Negara Jiran seperti Malaysia.

Disini dikongsikan Khutbah Jummat di negara pada Jummat Lalu.Ianya Tentang fahaman Islam Liberal.. ia ada kaitan dengan Sambutan Valentine Day.. Semoga khutbah yang disampaikan pada jummat lalu dapat memberi kita kesedaran bahawa menyambut valentine day itu merosak akidah kita sebagai umat islam.


 BAHAYA FAHAMAN ISLAM LIBERAL
Kategori : jumaat (08-Feb-2013)
Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah,
MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya, dan meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat didunia dan selamat diakhirat.
Alhamdulilah, kita bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana telah menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam yang sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunah mengikut pahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak sekian lama. Sungguh pun demikian, negara kita juga tidak terlepas dari ancaman-ancaman penyelewengan akidah dan pemikiran sesat yang dibawa oleh musuh-musuh Islam yang bertujuan untuk menyesatkan dan memecah-belahkan umat Islam serta mencemarkan kesucian dan keharmonian agama Islam. Baru-baru ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah meningatkan kita bahaya kefahaman atau pemikiran yang berbau Islam tetapi ianya bukan Islam seperti Islam liberal, pluralisma agama dan lain-lain. Umat Islam dinegara ini diingatkan supaya tidak terbawa-bawa untuk menceduk sebarang kefahaman atau pemikiran yang menyalahi akidah yang telah dipegang selama ini.
Perlu diketahui bahawa Islam liberal adalah salah satu bentuk pemikiran yang berasal dari berat. Ia bertujuan untuk meruntuhkan sendi-sendi kefahaman agama Islam. Mereka yang terpengaruh dengan modal pemikiran seperti ini telah berani melanggar perkara-perkara asasi dan prinsip dalam ajaran Islam.
Mereka yang berfahaman Islam liberal menganggap kitab suci Al-Quran hanya sebagai buku rujukan sejarah yang perlu dikritik, baik dari sudut kesahihan ayat-ayatnya dan juga pentafsirannya. Hukum hakam yang dihasilkan oleh agama Islam atau fuqaha, seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Imam Syafie� dan lain-lain dianggap sudah ketinggalan zaman. Mereka tidak mempercayai hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerana mereka menganggap bahawa hadis-hadis Nabi itu bercampur-baur� dengan hadis-hadis yang dipalsukan.
Mereka yang berfahaman Islam liberal sememangnya tidak pernah berhenti berusaha untuk memadamkan cahaya agama Islam, tetapi Allah Subhanahu Wataala tetap akan memelihara agama Islam walaupun mereka membencinya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah At-Taubah ayat 32, tafsirnya:
"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan perkataan-perkataan yang mereka ucapkan dengan mulut mereka tetapi Allah menolaknya bahkan menyempurnakan cahaya agamanya itu walaupun orang-orang kafir tidak menyukai".
Ulama tafsir menjelaskan bahawa maksud "cahaya Allah" ialah hidayah dan agama yang dibawa oleh Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu agama Islam. Maksud �Dengan perkataan-perkataan yang mereka ucapkan" yakni usaha mereka itu diumpamakan seperti hendak memadamkan cahaya matahari atau bulan dengan cara meniupnya. Mereka tidak akan pernah berjaya dan tidak mungkin menemui jalan untuk itu. Demikianlah, agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam setentunya telah sempurna dan akan terpelihara sepanjang zaman.
Istilah "Islam Liberal" banyak digunakan oleh penulis-penulis barat mahupun orang-orang Islam yang terkesan dengan pemikiran-pemikiran mereka. Misalnya Leonald Binder menggunakan istilah "Islamic Liberalism" dan Charles Kurzman memakai istilah "Liberal Islam". Mereka menggunakan istilah itu untuk menjelaskan bahawa agama Islam itu sama dengan agama-agama lain, ia bebas ditafsirkan mengikut perkembangan masyarakatnya. Mereka cuba memesongkan pemikiran umat Islam bahawa agama Islam adalah produk masyarakat yang perlu dikritik dan dinilai semula. Mereka mahu melihat ajaran agama Islam sentiasa berubah-rubah mengikut zaman yang dilaluinya. Jadi agama Islam menurut mereka hanyalah rekaan umat Islam sendiri.
Apa yang lebih dahsyat lagi, mereka telah menyebarkan fahaman sesat tersebut, iaitu semua agama didunia ini adalah sama dan semuanya adalah benar. Setiap orang adalah bebas untuk memilih agama yang disukainya dan boleh bertukar agama bila-bila masa, kerana ia adalah hak asasi manusia. Kefahaman sesat ini mereka labelkan sebagai "pluralisme agama".
Perkara ini jelas bercanggah dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Imran ayat 85, tafsirnya:
"Dan sesiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah akan diterima itu daripadanya dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi".
Kefahaman ini sangat dikhuatiri boleh meracuni minda generasi muda yang mudah terpengaruh kepada perkara-perkara baru yang memesongkan akidah dan pemikiran Islam yang sebenar.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Golongan ini juga menyalahgunakan konsep "ijtihad" dalam Islam, dengan membuka pintu ijtihad seluas-luasnya dan sebebas-bebasnya. Sudah tentu ia memberi peluang kepada orang-orang jahil melakukan ijtihad sendiri untuk menghasilkan pemikiran-pemikiran songsang yang bercanggah dengan ajaran agama Islam sebenar. Dan inilah yang membawa "Irsyad Manji" seorang aktibis yang beragama Islam dan menerima pendidikan aliran agama dan aliran skolar dari barat mengasaskan "Projek Ijtihad" di Kanada, kononnya akan melahirkan pemikiran baru tentang Islam yang tidak mengikut tradisi lama. Akan tetapi hasil kajiannya menunjukkan bahawa ia seorang pembawa ideologi yang menghina Al-Quran dan menghina Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta ingin mengubah tata cara ibadah agama Islam. Sebenarnya, amalan ijtihad dalam Islam adalah amalan mulia dan terbuka bagi alim ulama yang memiliki syarat dan mengikuti garis panduan yang sudah pun dikaji secara mendalam dan ditetapkan oleh ulama dalam Ilmu Usul Fiqh. Imam Syafie Rahmatullahi Taala adalah ulama terawal telah merumus ilmu ini dalam kitab "Ar-Risalah" sebagai konsep dan panduan bagi ulama yang berkebolehan untuk berijtihad, lalu kemudian diteruskan oleh ulama selepasnya hingga ke hari ini.
Kita umat Islam, janganlah terpengaruh dan terlibat dengan ijtihad Irsyad Manji tersebut, kerana dia bukan orang yang berkelayakkan dan tidak memiliki syarat dalam pengajian Islam. Malahan dia sebenarnya seorang jahil, perosak akidah dan peracun pemikiran Islam.
Mereka yang terjerumus dengan dakwah "Islam Liberal" dan ideologi tersebut hendaklah segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan, serta segera berhenti menyebarkan pemikiran dan fahaman yang menyimpang dari ajaran agama Islam sebenar.
Sesungguhnya "Islam Liberal" yang mendakwa kefahaman agama baru yang sesuai dengan kemajuan hari ini adalah sesat dan menyesatkan. Islam liberal sama sekali bercanggah dengan nilai dan ajaran agama Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga ideologi tersebut adalah hasil pemikiran golongan Islam liberal yang jauh berbeza dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, malah boleh membawa individu muslim terkeluar dari pegangan agamanya. Nauzubillahi Minzalik.
Oleh itu, umat Islam janganlah terpedaya dengan muslihat golongan Islam liberal ini yang kini sudah mula tersebar buku-bukunya yang diterjemahkan kedalam bahasa melayu dinegara-negara jiran. Aliran ini telah ditentang dan diharamkan oleh ppihak-pihak yang berwajib dinegara jiran, kerana telah dipastikan ianya bercanggah dengan kefahaman Islam yang tulin.
Akhirnya sama-samalah kita menjaga kesucian agama Islam dengan berpegang teguh kepada ajaran agama Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunah. Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah Subhanahu Wataala. Amin Yarrab Alamin.
Surah Al-Imran ayat 103 tafsirnya:
"Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu lalu Allah menyatukan antara hati kamu (dengan nikmat agama Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmatnya itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan dahulunya kamu berada ditepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya dengan sebab nikmat Islam. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya supaya kamu mendapat hidayah".

Tuesday 12 February 2013

Shi Shi Mato Sticker

Do you knoe B.A.P?? ( Best Absolute Perfect  )
salah satu my fav boy band.. not only me but My FAMILY too!! semuanya pasal MATOKI nya.. last time aku ada download sticker yang kami buat untuk lambang di belakang kereta.. JOKOMATO & DADAMATO.. now.. SHI SHI MATO !! coming Soon is TOTO MATO .. ahaha..





nah if kamu terliat lambang macam ani dibelakang bonet kereta.. that is our family .. LIKETHIS FAMILY.. pasal kami one family minat MATOKI ani.. arnab jadi jadian.. haahha.. 

Monday 4 February 2013

Assalamualaikum And HAIII~

Topik yang hendak di bahas kan adalah sifat IRI HATI..
iri hati disamakan erti dengan Hasad dengki.. kekadang kita tidak merasa bila hati kita diserang penyakit ini..tau tau kita sudah pun terkena tanpa disedari..
IRI HATI .. adalah tidak dapat meliat seorang yang kita kenali hidup dalam keadaan yang menyenangkan .. if dalam loghat brunei.. nda nyaman hatinya kali meliat urang sanang~ ahaha..
kekadang hidup kita penuh dengan cabaran dan dugaan sehingga kita rasa tidak lagi mampu untuk meneruskan kehidupan ini.. IRI HATI boleh terjadi diantara Sahabat Baik.. diantara CINTA.. diantara Pejabat dan diantara yang sewaktu dengan nya. Tanda Tanda Anda terkena penyakit iri hati adalah :-


  1. Tidak Senang meliat kebahagian Orang Lain ( Sama Ada  Teman Baik Atau pun Sesiapa Saja.. mun Sama Bintang Kes Sakit JIWA tahap Gaban dah tu!!!)
  2. Orang Ada ia pun ada.. tapi kalau boleh mesti UPGRADE lagi.
  3. Sedaya Upaya mencuba mencari kesilapan seorang.. sebasar habuk pun boleh nampak! ( mungkin try test liat pakai teropong ajaib)
dan ETC ..

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)..

Okey Closed that storyy....

now~ last week aku belikan my dad handphone (made in china saja ) i buy it from malaysia.. copycat telephone samsung galaxy S mini.. dengan harga $299 (waktu itu petukaran duit 2.46) arghhh~ pasal system nya android.. it's easy to used.. cuma yang membari nda puas hati INTERNET CONNECTION nya.. bila di miri GPRS nya dapat on using DIGI network .. tapi bila balik di brunei GPRS nya lansung nada.. jadi ertinya telephone ani Nda dapat pakai internet bila di brunei .

semua function nya OK.. but the probelm is only GPRS ..rupanya sama sebiji sama Samsung GALAXY S3 mini .. tapi namanya clone adalah dua tiga empat yang berlainan haha.. so akibat tidak kepuashatian i decide to loan phone saja di brunei. mahal pun mahal tapi ORIGINAL..so handphone buatan entah apa entah berantah biarlah dipakai untuk suka suka hehe.. janji dapat hello2.. 

membazirkan duit untuk ibu bapa sekali sekala nda apa apa.. hehe.. janji ibu bapa menerima dengan penuh ikhlas.. selama ini sudah banyak pengorban mereka untuk kita.. ganya handphone harga $600.00 (bnd) kejam mata saja :p bayar bulan2.. alhamdulilah hehehehe ^-^!