Sunday 3 November 2013

Assalamualaikum...

bulan oktober sudah menjelma bermakna  tinggal 2 bulan lagi kita akan menyambut tahun baru.. ataupun dunia ini akan mengalami tanda tanda paling ahkir kiamat iaitu kemunjulan dajjal.. adakah kita sudah bersiap sedia untuk menghadapinya..

pada tahun ini banyak kejadian kejadian yang tidak ingin untuk dihadapi tapi terpaksa dihadapi. selain tidak dapat berputus asa, berdoa dan tawakal adalh jalan yang terbaik. apa yang menjadi kesalan dihati adalah bila kawan yang dianggap seperti saudara boleh mengkhianati dan memalingkan wajah dari kita. 
Assalamualaikum...
selamat menyambut maal hijrah.. ataupun selamat menyambut tahun baru hijrah.. bila saja masuk waktu magrib nanti kita akan menyambut tahun 1435 hijrah. yang bermaksud selama kurang lebih 1435 usia bumi kita. .. sudah kah kita mempersiapkan diri untuk menuju penghujung kehidupan kita didunia ini .. ataupun kita masih lagi leka dengan keindahan dunia yang sementara ini sahaja.

bagi seorang manusia tidak lah kita mampu untuk hidup sehingga ke usia 1435 tahun. ianya amat berat dengan dosa dosa cucu cicit dan keturunan keturunan kita yang hendak kita tanggung, tapi itulah kuasa ALLAH SWT yang mengizinkan bumi ini terputar sehingga ianya mengatakan untuk berhenti berputar. dan pada waktu itu..jangan lah kita sesali dengan segala perbuatan perbuatan yang kita telah lakukan dibumi.. sama ada ianya kelakuan yang baik atau sebalik nya..

Tuesday 10 September 2013

kucing aku teteh beranak sudaaaaa

Ini kucing aku namanya putih ataupun gelaran manja nya teteh

Tadi malam tepat pukul 11.00 malam dia melahiran 4 ekong anak kucing yg belum dapat dipastikan identiti nya. Hehehehe




Sunday 4 August 2013

Poteh (Teteh) & Comel...





sedangkan binatang mempunyai kasih sayang yang tidak kita jangka kan.. walaupun mereka bukan lahir dari perut yang sama..tapi kasih sayang mereka mengalahkan kasih sayang adik beradik yang sebenar..

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal Menjelang...



assalamuailaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.. disamping kita gembira menyambut lebaran namun terasa kesedihan dihati yang ramadhan akan berlalu.. mudah mudahan allah swt akan menemui kita dengan ramadhan yang akan datang..

sedar tak sedar kita sudah berada di pehujung ramadhan.. pada tahun ini, ramadhan di likethis family banyak perubahan, pada tahun ini , mengajar erti kekeluargaan, persahabatan, pengkhianatan dan juga mengajar erti kesabaran.. benar kata orang tua tua dulu.. orang yang bijak akan menyelesaikan masalah dengan kebaikan dan orang yang bodoh akan menyelesaikan nya dengan perkelahian..

adakah kita termasuk orang yang bijak ataupun orang yang bodoh?

sekali sekala terlintas difikiran untuk meneruskan kehidupan dengan sendiri, namun sampai bila walhalnya kita memerlukan antara satu dan yang lain.. kekadang sifat hiprokit atau egois amat lah diperlukan agar kita terbiasa dengan sifat manusia zaman sekarang yang hanya mementingkan diri sendiri...

pada masa ini tiada lagi sifat yang menghormati antara satu dan yang lain.. yang adik hendak menjadi yang kaka..membuat keputusan yang boleh menyusahkan ahli keluarga sendiri..pembulian pun kerap berlaku dimana mana..

kekadang aku berfikir kenapa allah swt tidak menurunkan azab arah orang yang membuat perangai macam atu? sebenarnya allah swt mengajar kita untuk bersabar dan menunggu ada hikmah disebalik kesabaran yang kita semai dihati.. lambat laun.. insyallah azab untuk mereka akan nampak juga.. kalau nda diahkirat kelak siap siap lah untuk menerima nya..


^_^
Pijakimy.

Friday 7 June 2013

Salam June 2013 ~

Assalamualaikum ..
lama tak updateee eeee..

almaklumlah sibuk memanjang .. heheheeheh.. last week my likethis family pergi keLIMBANG.. ada Majlis Perkahwinan..disinilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sama sekali.. semasa bermusafir kami singgah ke Masjid Bandar Limbang..untuk mengerja kan solat Asar..sewaktu hendak masuk saya terserempak dengan kucing yang berbulu kuning.. hati saya tersentuh meliat dia hanya mempunyai 3 kaki.. teringat dengan kucing kesayangan saya yang dinamakan KASSIM.. Kassim juga mempunyai bulu yang berwarna kuning..kekurangan nya bukan kerana ia tidak ada kaki.. tapi KASSIM tidak ada mata, Kedua dua Mata nya telah pecah tidak tahulah kenapa.. mungkin akibat sakit mata ataupun dicucuk oleh manusia yang tidak bertanggungjawab..berbalik kecerita asal..sewaktu hendak melangkah masuk ke masjid disana hati tersentuh dengan kebersihan Rumah ALLAH itu.. baru kali ini saya berasa amat bersyukur diberikan keselesaan di Masjid Negeri Sendiri.. jika dibandingkan.. Jauh Sama sekali bezanya..bukan niat saya untuk menghina tapi saya terfikir..apakah Menteri mereka meliat keadaan dalam masjid tersebut? adakah Majlis Ugama Meraka Tahu akan kekurangan dan Ketidak Selesaan para penggunjung yang hendak mengerjakan sembahyang disana..

sewaktu mengerja kan Sembahyang.. di dalam bilik Khas untuk Jemaah Perempuan ada sekumpulan manusia datang dan duduk didalam..jika mereka hendak sembahyang  tidak menjadi kesalahan tapi ..yang menyedihkan mereka hanya duduk duduk berhawa dingin.. yang tidak menyenangkan hati saya...mereka tidak menghormati Jemaah lain yang sedang menunaikan kewajiban.. melainkan membuat bising, mereka juga membawa bau yang kurang menyenangkan.. bila saya perhatikan keliling..dinding2 Masjid diukir dengan tulisan..niat saya membuat artikel ini bukan untuk menghina atau pun memburukan Negeri tersebut.. tapi sejauh yang saya tahu..surau yang berada di Negeri tersebut lebih selesa daripada Masjid disana..mudah mudahan apa yang saya luahkan ini menjadi pengajaran kepada pihak kerajaan yang bertanggungjawab diatas kebersihan , kemudahan dan kenyaman Masjid - Masjid. bukan saja  untuk Negeri yang dimaksudkan tapi untuk Negeri Saya Sendiri.. Masjid adalah Digelar Rumah ALLAH.. tempat yang boleh membuatkan kita tenang.. tempat yang merasakan hati kita nyaman.. serta Aman.. Islam adalah lambang Kesucian , Kebersihan , Kejujuran , Amanah dan Lain-lainnya.. tapi pada mata saya pada ahkir zaman kini Islam dipandang Sebaliknya..malah ada yang memakai baju yang lusuh..berwarna kekuning kuningan .. dan bau badan yang kurang menyenangkan..tanpa segan silu mengatakan "SAYA HANYA MENGIKUTI SUNAH NABI"

Bagi Saya..Nabi Muhammad S.a.w adalah seorang yang Bersih ..Nabi Muhammad S.a.w mengutamakan kebersihan..sedang kita di SUNATKAN memakai pakaian yang bersih dan minyak wangi sebelum mengerja kan sembahyang 5 waktu.. tapi minyak wangi tersebut hendaklah bukan yang dicampur dengan air achohol...semoga apa yang saya bentangkan ini akan membuka para para islam diseluruh dunia.. agar mengutama kan kebersihan ..dan sayangi lah Masjid Kita..