Friday 7 June 2013

Salam June 2013 ~

Assalamualaikum ..
lama tak updateee eeee..

almaklumlah sibuk memanjang .. heheheeheh.. last week my likethis family pergi keLIMBANG.. ada Majlis Perkahwinan..disinilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan sama sekali.. semasa bermusafir kami singgah ke Masjid Bandar Limbang..untuk mengerja kan solat Asar..sewaktu hendak masuk saya terserempak dengan kucing yang berbulu kuning.. hati saya tersentuh meliat dia hanya mempunyai 3 kaki.. teringat dengan kucing kesayangan saya yang dinamakan KASSIM.. Kassim juga mempunyai bulu yang berwarna kuning..kekurangan nya bukan kerana ia tidak ada kaki.. tapi KASSIM tidak ada mata, Kedua dua Mata nya telah pecah tidak tahulah kenapa.. mungkin akibat sakit mata ataupun dicucuk oleh manusia yang tidak bertanggungjawab..berbalik kecerita asal..sewaktu hendak melangkah masuk ke masjid disana hati tersentuh dengan kebersihan Rumah ALLAH itu.. baru kali ini saya berasa amat bersyukur diberikan keselesaan di Masjid Negeri Sendiri.. jika dibandingkan.. Jauh Sama sekali bezanya..bukan niat saya untuk menghina tapi saya terfikir..apakah Menteri mereka meliat keadaan dalam masjid tersebut? adakah Majlis Ugama Meraka Tahu akan kekurangan dan Ketidak Selesaan para penggunjung yang hendak mengerjakan sembahyang disana..

sewaktu mengerja kan Sembahyang.. di dalam bilik Khas untuk Jemaah Perempuan ada sekumpulan manusia datang dan duduk didalam..jika mereka hendak sembahyang  tidak menjadi kesalahan tapi ..yang menyedihkan mereka hanya duduk duduk berhawa dingin.. yang tidak menyenangkan hati saya...mereka tidak menghormati Jemaah lain yang sedang menunaikan kewajiban.. melainkan membuat bising, mereka juga membawa bau yang kurang menyenangkan.. bila saya perhatikan keliling..dinding2 Masjid diukir dengan tulisan..niat saya membuat artikel ini bukan untuk menghina atau pun memburukan Negeri tersebut.. tapi sejauh yang saya tahu..surau yang berada di Negeri tersebut lebih selesa daripada Masjid disana..mudah mudahan apa yang saya luahkan ini menjadi pengajaran kepada pihak kerajaan yang bertanggungjawab diatas kebersihan , kemudahan dan kenyaman Masjid - Masjid. bukan saja  untuk Negeri yang dimaksudkan tapi untuk Negeri Saya Sendiri.. Masjid adalah Digelar Rumah ALLAH.. tempat yang boleh membuatkan kita tenang.. tempat yang merasakan hati kita nyaman.. serta Aman.. Islam adalah lambang Kesucian , Kebersihan , Kejujuran , Amanah dan Lain-lainnya.. tapi pada mata saya pada ahkir zaman kini Islam dipandang Sebaliknya..malah ada yang memakai baju yang lusuh..berwarna kekuning kuningan .. dan bau badan yang kurang menyenangkan..tanpa segan silu mengatakan "SAYA HANYA MENGIKUTI SUNAH NABI"

Bagi Saya..Nabi Muhammad S.a.w adalah seorang yang Bersih ..Nabi Muhammad S.a.w mengutamakan kebersihan..sedang kita di SUNATKAN memakai pakaian yang bersih dan minyak wangi sebelum mengerja kan sembahyang 5 waktu.. tapi minyak wangi tersebut hendaklah bukan yang dicampur dengan air achohol...semoga apa yang saya bentangkan ini akan membuka para para islam diseluruh dunia.. agar mengutama kan kebersihan ..dan sayangi lah Masjid Kita..